Sebagai pengelola Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Kedah telah menyumbangkan tenaga dan wang beliau untuk menguruskan hal-hal pendaftaran KOPSTAK. Pada tahun 1960, beliau telah dilantik sebagai Yang Di Pertua KOPSTAK. Pada sambutan tahun penubuhan KOPSTAK iaitu tahun 1985, beliau telah dianugerahkan gelaran Bapa Koperasi oleh jawantankuasa atas sumbangannya terhadap KOPSTAK.

Pada awal tahun 1960, beberapa orang guru India dari Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Tamil, cawangan negeri Kedah telah berbincang untuk menubuhkan sebuah syarikat jimat-cermat dan pinjam meminjam di kalangan guru-guru India di negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Cadangan tersebut mendapat sokongan En. P.C. Seenivasagam dan beliau merupakan penggerak utama penubuhan syarikat jimat cermat di kalangan guru India di negeri Kedah. Pada bulan Februari 1960, satu jawatankuasa penaja telah ditubuh.

Mesyuarat penubuhan jawatankuasa penaja itu dihadiri oleh dua orang pegawai koperasi iaitu En. Rajagobal dari Pulau Pinang dan En. Vijayaraj dari Kedah, mereka mencadang untuk menubuhkan syarikat kerjasama yang kemudiannya dihadiri oleh seramai kira-kira 60 orang guru dari seluruh negeri Kedah.

Dalam mesyuarat tersebut, suatu jawatankuasa kecil dengan 11 orang ahli dilantik untuk merangka undang-undang dan seterusnya mendaftarkan Syarikat Kerjasama Guru-Guru India Negeri Kedah.

Ditubuhkan pada tahun 18 Ogos 1960 dengan nama The Indian School Teachers Cooperative Thrift and Loan Society Limited dengan sokongan PC Seenivasagam yang menjadi penyelia sekolah Tamil dengan tujuan memajukan perniagaan kredit kepada anggotanya No Pendaftaran 3441.

1971 - Nama koperasi bertukar menjadi Syarikat Bekerjasama Sekolah Sekolah India Kedah.

1974 - Nama koperasi berubah lagi sebagai Koperasi Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Sekolah Sekolah India Kedah.

1976 - Koperasi Sekolah Sekolah India Negeri Kedah

1981 - Koperasi Kakitangan Sekolah Sekolah India Kedah Berhad

1995 - Koperasi Sekolah Sekolah Tamil Kedah Berhad (KOPSTAK)

2024 - Koperasi Guru-Guru Tamil Kedah Berhad (KGTK)

Sejarah Koperasi